Percubaan pertama menulis blog

Bismillahirrahmanirrahim. Ya....Saat keseorangan dirantauan ini membuatkan saya mencari-cari sesuatu untuk dilakukan bagi memenuhi masa yang ada...Isteri dan anak-anak semuanya berada di Kelantan, sengaja saya izinkan pulang bercuti bersama keluarga di sana. Mereka adan datang ke Sibu ini esok, InsyaAllah kami akan bersama semula selepas seminggu berjauhan...Sebenarnya lama juga saya berhasrat ingin menulis dan berkongsi aktiviti harian didalam alam maya ini tetapi niat sering terhalang sehinggalah ke saat ini. Kehidupan sebagai seorang Planter...menguruskan aktiviti di dalam ladang sawit kadang-kadang membuatkan saya terleka dan lupa perkara lain kerana cabaran dan keperluan pekerjaan ladang sering mendesak. Tiada perkara yang tidak penting, dari aktiviti pengurusan diladang sehinggalah kepada penyediaan laporan dan kerja kerja berkaitan Paper Work yang diperlukan oleh Ibu Pejabat. Menjadi "bujang" setelah hampir 21 tahun berkahwin bukanlah perkara mudah bagi saya. Namun kadang-kadang terpaksa berkorban juga...Sebenarnya saya cuba memohon cuti tetapi tidak diluluskan. Kalau setakat balik hari Jumaat datang semula hari Sabtu keesokan harinya baik tak payah. So saya secara "sukarela" batalkan hasrat bercuti..

Ya....Hasrat menulis dan berkongsi di alam maya...Tak tahu pun apa konsep yang akan saya lakukan. Rasanya apa sahaja yang terfikir dek akal pada masa itu, itulah yang saya akan tulis. Mungkin merangkumi semua perkara tentang hidup mahupun mati...So...akan memudahkan saya menulis rasanya...That's it for the first time. Nak publish dulu kemudian tengok apa hasilnya...maklumlah ini percubaan pertama...Hidup ini singkat. Jangan dipendekkan dengan panjangnya angan-angan...Pikir dan buat. Bertangguh adalah kerja yang berat kerana esoknya entah apa pula yang bakal berlaku...Salam...

Comments