Saat Hujan Turun Oleh : RUSDI BIN MOHAMAD NOOR Tarikh : 12.12.2018 Terus saja kenangan ini terlempar Pada denai dan lorong jalanan Sewaktu membesar dan meneroka alam Bersama Bonda bersama datuk di segenap ceruk yang tertakdir aduhai….. hujan meluluh jiwa pengharap seringkali berendam air mata disaat menyaksikan butir butir beras kian mengurang didalam bekas dan makan pun dicatu…. Tiga…dua….dan akhirnya satu Ku terkenangkan wajah ibu Melempar jauh pandangan ke hujung langit Terkadang menyeka air mata Yang jatuh di tahan tahan Saat itu aku menanam harap Bahasa Bahasa jaya tekad ku garap Melangkahi kendala hidup Bersama azam dan harapan Lukisan hidup hari depan Pasti ku warnai seindah pelangi…. Tunggulah hari itu.... bahagia pasti bertamu...
Posts
Showing posts from March, 2019
Sajak : KADANG-KADANG (Oleh Rusdi Bin Mohamad Noor)
- Get link
- X
- Other Apps
Sajak : Kadang-Kadang Kadang kadang apa yang kita hajatkan tidak kesampaian.... Kadang-kadang apa yang tidak dihajati datang berkoyan-koyan... Kadang-kadang apa yang kita tidak gemari selalu terjadi... Kadang-kadang yang kita rindui sukar termiliki... Kadang-kadang yang terlihat putih di luaran... Rupanya hitam di dalaman... Kadang-kadang tersangka sang jujur... Rupanya muslihat membawa sungkur... Berawaslah dengan muslihat dunia... Selamanya pun tersangka mampu namun tertipu.... Hasil Nukilan : Rusdi Bin Mohamad Noor, Puncak Alam Selangor pada 06052015 10:17 pm
Percubaan pertama menulis blog
- Get link
- X
- Other Apps
Bismillahirrahmanirrahim. Ya....Saat keseorangan dirantauan ini membuatkan saya mencari-cari sesuatu untuk dilakukan bagi memenuhi masa yang ada...Isteri dan anak-anak semuanya berada di Kelantan, sengaja saya izinkan pulang bercuti bersama keluarga di sana. Mereka adan datang ke Sibu ini esok, InsyaAllah kami akan bersama semula selepas seminggu berjauhan...Sebenarnya lama juga saya berhasrat ingin menulis dan berkongsi aktiviti harian didalam alam maya ini tetapi niat sering terhalang sehinggalah ke saat ini. Kehidupan sebagai seorang Planter...menguruskan aktiviti di dalam ladang sawit kadang-kadang membuatkan saya terleka dan lupa perkara lain kerana cabaran dan keperluan pekerjaan ladang sering mendesak. Tiada perkara yang tidak penting, dari aktiviti pengurusan diladang sehinggalah kepada penyediaan laporan dan kerja kerja berkaitan Paper Work yang diperlukan oleh Ibu Pejabat. Menjadi "bujang" setelah hampir 21 tahun berkahwin bukanlah perkara mudah bagi saya. Namun kad...